lamanya meninggalkan blog ini :)


saya rindu anda semua :)
maaf , agak lama tidak update blog ini 

tingkatan enam . .smk tunku besar tampin ..

seketika termenung .. ..



inilah keriangan yang terpancar di wajah-wajah kami
suke duke ..
6 atas sarjana dalam kenangan .
terima kasih buat guru-guru 
love u ! 

plkn . rindu awak :)

plkn siri 6 kumpulan ke 2 ,
sumpah tak suke awak pada mulenya , 
semakin dekat dengan awak semakin suke pulak an ,
imbas kembali kenangan terindah kita , 
makan meggi same2 , satu botol air tea minun same2 , berhujan , berpanas , bergelap muka cam negro da !

maaf la .
muke agak gelap ye . bese lah plkn an .
seronok gile ..
kepada adek2 yang bakal jadik wira/wirawati .
plkn sungguh menarik .
hilang segala masalah di sana  ,
seribu memori , 
plkn juga bermula lah sejarah "panggilan UMIE"  buat diriku ..
de' bana jempol !
love u !
abg dewan makan , i suke u dulu ! !  ! !
terimas =.='

ney la akibat bile careless !

saat memerlukan slip keputusan muet , saat tuh jugak la slip ni boleyh hilang 
agak kecewa , sedih , penat ,
sebab banyak benda kena buat balek , 
kena apply SEMULA at MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
naseb pihak fakulti ( yang saya pergi interview ) tuh paham
mungkin semua ni ade hikmah disebaliknya , 
saya terima seadanya , 
terima lasih juga pada BEKAS CIKGU MUET SAYA  , 
sir reduan , 
kerna sudah tolong saya dalam urusan apply balek slip result , ,


ni lah akibat careless .
padan muke azilah ,



i miss you a lot :))

kerinduan yang terlampau terhadap semua sahabat terbaikku ,
kapan lagi kita bisa bertemu ??
adakah hari ini , esok , lusa ??
masa yang akan menentukan semuanya ..
andai hari ini hari terakhir saya ,
hanya satu saja ungkapan saya , 
yang memberi seribu erti buat kalian ,
'i miss you a lot'
termenung aku seketika mengingatkan kenangan kita bersama ,
kenangan yang abadi , terus tersemat di hati kecil ini ,
saat suka dan duka ,
sungguh indah detik itu ,
andai detik itu boleh diputar kembali ,
pasti menggamit seribu lagi kenangan terindah ..




menanti cinta yang belum pasti ...

Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung 
Mampu menjawab

Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku padaMu

pengorbanan..

Pengorbanan..
Sebuah pengorbanan memang menyakitkan bagi setiap makhluk ciptaan ALLAH yang merasainya..Tetapi kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka walaupun amat perit untuk diterima..
 Pengorbanan
Merupakan lumrah kehidupan yang harus kita tempuhi..Kadang-kadang,pengorbanan juga menjadikan kita lebih kuat dan tabah dalam menjalani hidup yang penuh onak dan duri..
Pengorbanan
Ada juga pengorbanan yang membawa pada suatu kegembiraan dan kebahagiaan..Tetapi tidak semua mampu untuk menghadapinya..Sememangnya perit untuk menerima pengorbanan dan kebahagiaan pada ketika yang sama…

to be continued..


kesibukan yang melanda..

huh..terasa lega ble exam muet da abes..
takde la pkir sangat lagi sal tuh..
fokus skang hanyalah pada kursus haji yang bakal berakhir bulan jun nanti..
semakin hari,semakin tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke tanah suciMU..
bersyukur atas rezeki yang KAU berikan kepadaku..
hopefully,moga saya dapat menjadi muslimah yang diredhai ALLAH..
tiada apa yang ku harapkan daripadaMU,
hanya rahmat dan restu MU ILAHI..


segala ujian,rintangan yang KAU berikan akan ku jadikan sempadan bagi diriku kelak.
semoga dengan ujian yang diberikan,membuatkan aku lebih tabah untuk mengharungi onak dan duri..
permudahkanlah segala urusanku..
hanyaMU tempat ku memohon..
amin...

♥ resepi ayam kicap berempah ala cik umie ♥

ntah kenapa malam neyh,cik umie nak share ngn kowang masakan yang disukai oleh family umie..
okey semua,sediakan pen dan kertas yew..


masakan neyh tok 4 orang


bahan-bahan
ayam : ikot kesukaan,if ase nk byk,lebihkan la ayam tu (pastikan ayam tu disembelih,jgn ekau twus tangkap dr roban)
cili kering : siap di'blender (amek dalam 2 sudu,if ase nk pedas lagi.letak la lebih)
rempah kari : rempah kari ayam atau daging (amek 2 sudu,same juga,if ase nk lebeyh,letak la lebih)
kicap manis & kicap masin : ikot kesukaan,if nk lebeyh rase kicap,letak la lebih
bawang belanda : 2 biji (if xade bawang belanda,boleyh je amek bawang merah biase & dihiris halus)
bawang putih : 5 ulas (dihiris halus)
halia : 1 inci (dihiris halus juge)
cili merah & cili hijau : utk menaikkan seri masakan (hiasan)
air suam : 1 cawan (if kuah lauk terlalu pekat,boleyh masukkan sedikit air)
garam & gula : secukup rasa
minyak masak : secukup rasa


cara-cara masakan
1.goreng ayam yang telah digaul bersama kunyit dan garam.
2.setelah itu,tumis bawang belanda,bawang putih dan halia yang telah dihiris halus tadi..tumis sehingga kekuning-kuningan.
3.masukkan cili kering yang dah di'blender,,biarkan cili sedikit garing dan seterusnya masukkan rempah kari...biarkan bahan-bahan tadi mesra seketika.
4.masukkan kicap manis dan masin..tambahkan garam dan gula secukup rasa.
5.akhir sekali,masukkan ayam yang telah digoreng sebentar tadi..masukkan cili merah dan hijau sebagai hiasan..jika kuah lauk terlalu pekat,masukkan sedikit air..

NOTA
selain ayam,boleyh juga digantikan dengan daging dan ikan.
mengikut citarasa masing-masing..

gambar masakan neyh takde la na tunjuk
selamat mencuba 

TERPILIH mengerjakan ibadah haji tahun 1432h..


syukur alhamdulillah.
doa ku dikabulkan olehMU YA ALLAH.
kawan2,saya suda terpilih untuk mengerjakan ibadah haji bagi tahun ini.
YA ALLAH,terima kasih ..
insyaALLAH akan berangkat ke TANAH SUCI MAKKAH pada bulan september ♥..


if di panjangkan umur dan murah rezki.
saya akan melangkah ke sini..
YA ALLAH,
hambaMU ini bersyukur ats kurniaanMU ini..


saya juga bakal melangkah ke sini.:)
tidak dapat ku ungkapkan dengan kata2 ..
doa ku dimakbulkan..
yakin lah dengan kekuatan doa :)


ibadah melontar ...
entry ini di coret bukan lah untuk membangga diri..
cume mahu menjadi teladan kepada semua.
kumpul la duit,biar kita sume dapat menjejakkan kaki ke tanah suci MAKKAH sewaktu muda..
sekadar berkongsi kurniaan ALLAH
insyaALLAH..
dengan izinMU,aku akan sampai ke TANAH SUCI..
amin....

sorry syg ^^

lately neyh siyes gle saya bz.
bz with muet exam..
bz with kursus haji..
and ase blog neyh semakin di abaikan..
saya bukan da tak sayang awak CIK BLOG,cume saya agak bz,,
bz stdy muet g haaa ...
bz bace2 buku haji n umrah ..
maafkan saya CIK BLOG...
saya janji, lepas saya da x bz,saya akan hari2 belai awak tau..
tuh awak kne tahu..
saya sayang awak CIK BLOG ^^..

terima kasih kawan kawan.


terima kasih saya nak ucapkan kepada sume kawan2 saya.
kerana banyak mewarnai kehidupan saya selama ini.
semoga ALLAH merahmati kalian semua.
i love u friends .
"persahabatan yang disulami dengan rasa kejujuran 
dan keikhlasan, akan meninggalkan seribu satu kenangan terindah dalam perjalanan hidup seorang insan 
bernama TEMAN"...
thank you for your friendship..
terima kasih kerna membuat saya tersenyum..

"friends are like a rainbows
they brighten your life.
after you've gone
through a storm"....

im sorry dear ...

Having realized that I have been very wrong over the past couple of days, 
I am so sorry if my actions have hurt you and I really do hope that you will be able to forgive me?
No matter what your decision, thanks so much for being such a good friend to me and I do hope this will continue forever?

im sorry.
imysm FWEN !

merawat kepedihan hati~..


kaum hawa yang dikasihi...

Seandainya kita hidup di dunia ini dalam kesedihan dan duka lara penuh nestapa, gagal merawat hati yang luka, maka kita sebenarnya mencipta kesengsaraan sendiri. Kita yang memilih untuk hidup begitu. Kesannya, bukan sahaja kita tertekan mental dan fizikal tetapi turut merosakkan kesihatan diri.

Memikirkan kesedihan sahaja sebenarnya telah memutasikan sel-sel tubuh kita apatah lagi seandainya kita membiarkan diri kita larut dalam duka nestapa, kesannya jauh lebih hebat dalam memburukkan kesihatan diri.

Setiap hari adalah hari baru.
Usah bandingkan dengan hari-hari sebelumnya, usah ungkit balik perkara yang berlaku, masalah yang dah berlaku pada hari-hari sebelumnya kerana apa yang dah berlalu, tetap sudah berlalu.
Justeru, cantaslah kesedihan yang cuba menerpa dalam hati, usah sekali-kali dibenarkan ia bertapak dan meresap ke dalam jiwa.

andainya cinta itu hendak diberi....

Wahai Srikandi..Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang:



1.Kuat Pengamalan Agamanya
Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;


"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."

3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.


  • Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.
  • Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.

pengorbanan ibu dan bapa..

INGATLAH betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. Mereka memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal, makan minum, pendidikan serta penjagaan kita pada setiap masa.
Mereka sering bimbang ketika kita sakit hingga pekerjaan lain ditinggalkan demi merawat kita.
Wang yang mereka cari dengan susah payah rela dikeluarkan tanpa berfikir panjang. Mereka bekerja keras siang malam demi memberi nafkah kepada kita.
Dengan beringat jasa mereka, kita akan mengetahui kadar penderitaan pada waktu mereka membimbing diri kita hingga beranjak dewasa.

Allah s.w.t memerintahkan agar manusia berbakti kepada ibu bapa.
Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ” (Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24)
Allah juga berfirman bermaksud: “Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga dekat, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya.”
(Surah An Nisaa’: Ayat 36)

Ayat di atas menunjukkan bahawa berbakti kepada ibu bapa menduduki peringkat kedua selepas mentauhidkan (mengesakan) Allah dalam beribadah.
Sebab itu tidak mungkin terjadi bagi seorang yang mengaku bertauhid kepada Allah, tetapi ia derhaka kepada kedua-dua orang tuanya.
Allah yang Mencipta dan Memberikan rezeki. Maka Allah sajalah berhak diibadahi.
Ibu bapa adalah sebab adanya anak. Maka kedua-duanya berhak diperlakukan dengan baik.
Oleh itu menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada Allah kemudian diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.
Andai kelak kita menjadi ibu bapa, tidakkah kita akan kecewa dan bersedih hati apabila anak kita berkata kasar kepada kita – ibu bapa yang membesarkannya.
Lalu, apakah kita sampai hati melakukannya terhadap ibu bapa kita saat ini? Merekalah yang selalu berusaha meredakan tangis kita ketika kecil.
Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab. Maka janganlah sekali-kali kita menyakiti hati mereka meskipun kita dalam pihak yang benar.
Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih besar dan berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan sebesar manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka, hal itu tidak akan dapat membalas jasanya.
Ketika Abdullah bin Umar melihat seseorang menggendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan ke mana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?”
Jawab Abdullah bin Umar: “Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”
Tidakkah kita ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah? Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.” (Hadis Riwayat: Bukhari, Muslim, Abu Dawud)
Sesungguhnya ibu bapa keluarga terdekat kita. Mereka mempunyai hak yang lebih untuk kita dahulukan dalam masalah silaturahim.
Merekalah selalu berada di sisi kita baik ketika bahagia mahupun duka, berkorban dan selalu menolong kita lebih daripada teman kita.
Lalu masih enggankah kita membalas segala pengorbanan mereka?
Berbuat baik kepada ibu bapa adalah sebuah keharusan, bahkan harus didahulukan daripada fardu kifayah serta amalan sunnah lainnya – didahulukan daripada jihad dan hijrah di jalan Allah.
Pun harus didahulukan daripada berbuat baik kepada isteri dan anak. Taatilah mereka dan janganlah kita menentang kedua-duanya sedikit pun kecuali apabila mereka memerintah kita supaya berbuat maksiat.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak ada ketaatan bagi makhluk apabila pada saat yang sama bermaksiat kepada Sang Pencipta.” (Hadis Riwayat: Ahmad)

Firman Allah bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang tuanya; ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuannya mengenai itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritahukan kepadamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah Luqman: 14-15)

Ingatlah bahawa seburuk manapun ibu bapa kita, kita tetap tidak akan dapat membalas semua jasa mereka.
Yang perlu kita lakukan hanyalah tidak mentaati ibu bapa ketika mereka menyuruh kita untuk bermaksiat.
Tidakkah kita ingin menikmati kebenaran dan keindahan Islam bersama mereka? Tidakkah kita inginkan kebaikan dan keselamatan bagi mereka sebagaimana mereka selalu ingin kebaikan dan keselamatan bagi kita?
Tidakkah kita ingin agar Allah mempertemukan kita di jannah-Nya?
Justeru, bersabarlah dalam membimbing dan berdakwah pada mereka sebagaimana mereka selalu sabar dalam membimbing dan mengajar kita dahulu.
Ingatlah bahawa satu doa mustajab adalah doa daripada seorang anak yang soleh untuk orang tuanya.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” (Hadis Riwayat: Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah pasti mengangkat darjat bagi hamba-Nya yang soleh ke syurga.” Maka ia bertanya: “Ya Allah, bagaimana itu boleh terjadi?’ Allah menjawab: “Berkat istigfar anakmu untukmu.” (Hadis Riwayat: Ahmad)
Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Kelak akan datang kepada kamu sekalian seseorang bernama Uwais bin Amir, anak muda yang belum tumbuh janggutnya, keturunan Yaman dari kabilah Qarn. Pada tubuhnya terkena penyakit kusta, namun penyakit itu sembuh daripadanya kecuali tersisa seukuran wang dirham. Dia mempunyai ibu yang dia sangat berbakti kepadanya. Apabila dia berdoa kepada Allah nescaya dikabulkan, maka jika engkau bertemu dengannya dan memungkinkan minta padanya memohonkan ampun untukmu maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat: Muslim dan Ahmad)
Menyedari hakikat ini, janganlah kita enggan untuk berdoa demi kebaikan orang tua kita. Sekeras apapun usaha kita lakukan, apabila Allah tidak berkehendak, nescaya tidak akan terjadi.
Hanya Allahlah yang mampu memberi petunjuk dan membukakan pintu hati kedua orang tua kita.
Mintalah pada-Nya kerana tidak ada yang tidak mungkin bagi-Nya. Bermohonlah terus pada-Nya dan janganlah bosan meskipun kita tidak tahu bila doa kita akan dikabulkan.
Seandainya Allah tidak berkehendak untuk memberi mereka petunjuk hingga ajal menjemput mereka, ingatlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya.
Janganlah berhenti berdoa kerana sesungguhnya doa anak soleh untuk ibu bapanya tidaklah terputus amalannya meskipun mereka sudah meninggal.
Semoga Allah menyelamatkan kita dan keluarga kita daripada api neraka serta mengumpulkan kita dalam jannah-Nya.
~Ya Allah selamatkanlah anakku walau di mana saja dia berada. Engkau permudahkan segala urusannya Ya Allah. Engkau lindungilah dia dari segala mala petaka amin…….